Rahsia Solat Dan Keutamaannya
9:23 PM Edit This 0 Comments »Solat itu adalah tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan. Ia juga Penghulu dari segala amal kebaktian dan ketaatan kepada Allah S.w.t. Semua usul-usulnya ( pokok-pokoknya ) dan furu-furu'nya ( cabang-cabangnya ) telah pun terkumpul di dalam mata pelajaran ilmu fiqh. Di sini kita hanya menyikatkan pembicaraan kepada perkara-perkara yang perlu saja bagi para pelajar, iaitu membicarakan amalan-amalan solat dan rahsia-rahsia kebatinan solat semata-mata.
Keutamaan Azan.
Telah bersabda Rasulullah S.a.w. :
" Tiada seorang jin atau manusia atau benda apa pun yang mendengar suara panggilan azan itu, melainkan dia akan menyaksikannya di hari kiamat kelak. "
Sabdanya lagi :
" Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah seperti mana yang diucapkan oleh muazzin itu sendiri "
Menyahut azan sama seperti kata-kata muazzin itu adalah dituntut dan sunnat, kecuali pada hai'alataini maka hendaklah dijawab dengan kata :
" Tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolongan oleh Allah S.w.t. "
Dan pada kata-kata "Qadqamatis-Solah" dijawab pula :
" Semoga Allah S.w.t. mendirikannya ( solat ) dan mengekalkannya "
Dan pada kata-kata "Ash-Solatu Khairun Minan-Naum" pula dijawab :
" Engkau telah berkata benar dan berbakti kepada seluruh umat Islam "
Sesudah azan hendaklah ia membaca :
" Ya Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga solat yang berdiri ini. Kurniakanlah Nabi Muhammad S.a.w. kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji ( Maqam Mahmud ) yang engkau janjikan kepadanya. "
0 comments:
Post a Comment