Program Kem Jati Diri Remaja Muslim Di Lagoona Villa Resort Cherating

1:29 AM Edit This 0 Comments »
-inilah gambar semasa kem itu berlangsung yang juga saya sertai-

-anda semua nampak tak saya yang memakai baju hijau tu...ha itulah saya-

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, Alhamdulillah, pada tarikh 13 & 14 Mac 2009 baru-baru ini satu program yang juga saya sertai yang telah berlansung di Lagoona Villa Beach Resort Cherating, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kem ini terdiri daripada remaja yang berumur 11 hingga 17 tahun dan kem ini menarik seramai 69 peserta, kem ini juga mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan bagaimana untuk menjadi anak yang soleh yang mentaati kedua ibubapa. Di samping itu juga para peserta didedahkan dengan aktiviti lasak seperti pada waktu malam pukul 11.30 para peserta berkumpul dalam kumpulan dan paling saya sukai ialah dengan menutup mata selepas itu fasilitater memberikan satu tali untuk dipegang sambil berjalan menutup mata mengelilingi kawasan Lagoona Villa Resort itu...selepas itu fasilitater mengunting tali yang telah dipegang oleh saya dan kawan-kawan saya...selepas terputus talinya berjalanlah berseorangan sambil diusik-usik oleh fasilitater untuk menakutkan kami...itulah jungle tracking pada malam hari Jumaat itu...selepas itu semua peserta mencari semula kawan-kawan yang terlepas tadi sehinggakan saya mengantuk, itulah jungle tracking yang pertama tetapi tak best yang itu...jungle tracking yang kedua lagi best dan mencabar pada pagi Sabtu jam 10.00 pagi ... semua peserta berkumpul di tempat biasa untuk menempuh satu lagi cabaran iaitu memasuki hutan paya sehinggakan saya terlupa nak bawakan kasut...tiada kasut saya pakai selipa lah...tetapi jungle tracking ini memasuki hutan paya dengan siap berenang lagi air paya itu pada paras pinggang sehingga selipa saya terlekat pada tanah lembit itu...selepas itu para peserta sampai di tepi pantai...sambil-sambil menunggu giliran untuk memasuki air pantai itu, setiap kumpulan diberi tiga soalan, selepas berjaya menjawab semua kumpulan memasuki sekali lagi ke dalam air pantai itu untuk pulang semula ke tempat asal berkumpul tadi. Semasa itu saya tertinggal pulak selipa saya di tepi pantai itu tadi...nasib baiklah abang fasilitater itu ada dekat tepi pantai tadi jika lau tidak saya berjalan kaki ayamlah untuk pulang ke rumah. Macam mana sedap tak mendengar cerita saya semasa kem itu...Jungle Tracking yang kedua lah yang paling mencabar buat saya kenapa kali yang pertama saya memasuki air paya dan air pantai...rugi kawan-kawan saya tidak sertai. Alhamdulillah, semua peserta yang hadir gembira dan seronok dengan segala program yang telah dianjurkan oleh Iman Consultant.

0 comments: