Kumpulan Nasyid Soutul Fidaiy SMK Binjai Kemaman

1:20 AM Edit This 0 Comments »

" BINJAI BCYOND EXCELLENT SCHOOL IN TERENGGANU ( B-BEST ) "

Kumpulan Nasyid Soutul Fidaiy Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai Kemaman telah ditubuhkan pada tahun 2009 dengan guru penasihat kumpulan nasyid iaitu Cikgu Shamil Bin Mohd Rosli yang berjaya membawa kumpulan nasyid ini di peringkat negeri Terengganu. Antara kejayaan yang telah menjadi kebanggaan sekolah ialah memenangi tempat ketiga Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Kemaman 2009...
Kumpulan Nasyid Soutul Fidaiy telah juga melancarkan laman youtube rasmi yang membolehkan semua pelajar SMK Binjai mahupun semua rakyat di negeri Terengganu ataupun di negara.

Laman Youtube Rasmi
Kumpulan Nasyid Soutul Fidaiy'
SMK Binjai Kemaman
www.youtube.com/soutulfifaiy

Laman Web Portal Rasmi
Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai
24000 Kemaman, Terengganu




Program Kem Jati Diri Remaja Muslim Di Lagoona Villa Resort Cherating

1:29 AM Edit This 0 Comments »
-inilah gambar semasa kem itu berlangsung yang juga saya sertai-

-anda semua nampak tak saya yang memakai baju hijau tu...ha itulah saya-

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, Alhamdulillah, pada tarikh 13 & 14 Mac 2009 baru-baru ini satu program yang juga saya sertai yang telah berlansung di Lagoona Villa Beach Resort Cherating, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kem ini terdiri daripada remaja yang berumur 11 hingga 17 tahun dan kem ini menarik seramai 69 peserta, kem ini juga mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan bagaimana untuk menjadi anak yang soleh yang mentaati kedua ibubapa. Di samping itu juga para peserta didedahkan dengan aktiviti lasak seperti pada waktu malam pukul 11.30 para peserta berkumpul dalam kumpulan dan paling saya sukai ialah dengan menutup mata selepas itu fasilitater memberikan satu tali untuk dipegang sambil berjalan menutup mata mengelilingi kawasan Lagoona Villa Resort itu...selepas itu fasilitater mengunting tali yang telah dipegang oleh saya dan kawan-kawan saya...selepas terputus talinya berjalanlah berseorangan sambil diusik-usik oleh fasilitater untuk menakutkan kami...itulah jungle tracking pada malam hari Jumaat itu...selepas itu semua peserta mencari semula kawan-kawan yang terlepas tadi sehinggakan saya mengantuk, itulah jungle tracking yang pertama tetapi tak best yang itu...jungle tracking yang kedua lagi best dan mencabar pada pagi Sabtu jam 10.00 pagi ... semua peserta berkumpul di tempat biasa untuk menempuh satu lagi cabaran iaitu memasuki hutan paya sehinggakan saya terlupa nak bawakan kasut...tiada kasut saya pakai selipa lah...tetapi jungle tracking ini memasuki hutan paya dengan siap berenang lagi air paya itu pada paras pinggang sehingga selipa saya terlekat pada tanah lembit itu...selepas itu para peserta sampai di tepi pantai...sambil-sambil menunggu giliran untuk memasuki air pantai itu, setiap kumpulan diberi tiga soalan, selepas berjaya menjawab semua kumpulan memasuki sekali lagi ke dalam air pantai itu untuk pulang semula ke tempat asal berkumpul tadi. Semasa itu saya tertinggal pulak selipa saya di tepi pantai itu tadi...nasib baiklah abang fasilitater itu ada dekat tepi pantai tadi jika lau tidak saya berjalan kaki ayamlah untuk pulang ke rumah. Macam mana sedap tak mendengar cerita saya semasa kem itu...Jungle Tracking yang kedua lah yang paling mencabar buat saya kenapa kali yang pertama saya memasuki air paya dan air pantai...rugi kawan-kawan saya tidak sertai. Alhamdulillah, semua peserta yang hadir gembira dan seronok dengan segala program yang telah dianjurkan oleh Iman Consultant.

Tips Membaca

1:24 AM Edit This 0 Comments »

> Pastikan tempat membaca dalam keadaan kemas, bersih dan selesa.
> Bahagikan bab yang hendak dibaca kepada beberapa bahagian kecil.
> Tetapkan masa dan bilangan muka surat yang hendak dibaca.
> Elakkan membaca sambil berbaring dan mendengar suara-suara yang bising.
> Pastikan anda sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.
> Gunakan pen yang pelbagai warna untuk mencatat nota.
> Membaca dalam suasana yang terang.
> Duduk dengan selesa ketika membaca.
> Elakkan daripada pelbagai gangguan.
> Bersihkan diri.

Anak Soleh Pemangkin Keluarga Mithali

12:29 AM Posted In Edit This 0 Comments »


Pendahuluan...

Allah S.w.t. telah berfirman yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman, peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat - malaikat yang kasar dan keras serta tidak menderhakai Allah S.w.t. terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. "

Keluarga merupakan suatu institusi penting dalam membentuk keimanan serta keperibadian yang terunggul. Ia juga menjadi tempat tumpuan masyarakat sekeliling bagi menilai kebaikan atau keburukan dalam sesebuah keluarga. Dengan demikian menjadi tanggungjawab kepada setiap insan untuk membentuk keluarganya ke arah kebaikan dan kebahagiaan. Setiap keluarga bertekad untuk melakukan amalan-amalan yang telah diperintahkan oleh Allah S.w.t. kepada hambanya.

Ciri-Ciri Keluarga Mithali...


1.) Keluarga yang berpendidikan Islam, teguh, tenang dan damai sesama keluarga.
2.) Suasana sentiasa riang dan gembira.
3.) Menjauhi perkara-perkara haram dan syubhat yang telah dilarang oleh Allah S.w.t.
4.) Ahli keluarga yang mendirikan sembahyang dan menunaikan tanggungjawab agama.

Tanggungjawab Ibubapa Terhadap Anak-Anak...

1.) Kedua ibubapa hendaklah menitikberatkan didikan anak-anak dengan
didikan Islam semenjak kecil lagi.
2.) Ibubapa hendaklah menghantar anak-anak ke pusat pengajian yang
berunsurkan Islam seperti tempat pengajian Al-Quran, bahasa Arab, Hadis
dan ilmu duniawi yang sesuai dengan Islam.
3.) Hendaklah menjauhi anak-anak dari tempat-tempat syubhat, maksiat
dan jauhi daripada kawan-kawan yang tidak berpendidikan.
4.) Kedua ibubapa hendaklah menunjukkan tauladan dan contoh
yang terbaik kepada anak-anak.

Tanggungjawab Anak-Anak Terhadap Ibubapa...

1.) Mentaati kedua ibubapa selama mereka mentaati Allah dan Rasulnya.
2.) Tidak meninggikan suara di hadapan ibubapa.
3.) Tidak membantah perintah ibubapa.
4.) Sentiasa berdoa untuk kebaikan kedua ibubapanya.
5.) Sentiasa memohon maaf kepada kedua ibubapanya.

Penutup...

Kenangkanlah jasa kedua orang tua dengan sentiasa berakhlak mulia dan berbuat kebaikan kepada ibubapa selagi hayat mereka masih ada. Jangan kita menjadi umpama bak pepatah melayu "Kacang Lupakan Kulit". Justeru itu, pendidikan Islam menjadikan teras dalam melahirkan anak-anak mithali dalam sesebuah keluarga dan masyarakat.

Kerja Kursus PMR 2009

2:20 AM Edit This 0 Comments »
Assalamualaikum...
Kerja kursus PMR 2009 telah pun diberikan kepada seluruh pelajar PMR 2009 yang wajib dilaksanakan oleh semua pelajar yang menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2009 pada bulan Oktober nanti... kata orang soalan peperiksaan sebenar senang sangat macam soalan sekolah rendah...bukan saya katakan orang lain katakan...tetapi saya fikir-fikirkan juga soalan peperiksaan sebenar bukanlah susah sangat ia haruslah menjalani pembacaan buku-buku rujukan teks barulah ia boleh dikatakan senang...ingatlah kejayaan bukannya datang bergolek sahaja ia harus kita belajar dengan bersungguh-sungguh...Kerja kursus Sejarah & Geografi yang harus dihantarkan pada bulan Julai 2009...Tajuk kerja kursus Sejarah 2009 ialah "Satu Bangunan Bersejarah Di Negara Kita" yang juga dicari melalui internet, majalah dan sebagainya. Kerja kursus Sejarah ini kena dihantar pada akhir bulan Jun kerana kasiha jugak cikgu yang harus membaca satu-persatu kerja kursus ini dan juga memberi markah sebelum dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia pada akhir bulan Julai. Kerja kursus yang kedua ialah Geografi yang mempunyai dua soalan. Saya membuat kerja kursus ini pun mengambil masa empat minggu bukanlah ditulis dengan tangan dengan komputer pun lagi lah senang sekali...tak payah dibuat dengan tulisan tangan komputer pun cukup untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Hari Terakhir Kursus Laman Blog

2:11 AM Edit This 0 Comments »
-di antara sahabat-sahabat saya yang juga sertai-

- semasa hari terakhir kursus laman blog- anda nampak tak saya yang berbaju putih, bercemin mata tu... Itulah saya

Kursus Laman Blog

1:42 AM Edit This 0 Comments »
Berakhirnya sudah Kursus Laman Blog selama tiga hari bermula 16.Mac.2009 hingga 18.Mac.2009 yang memberi tunjuk ajar tentang penggunaan laman blog ini. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Komuniti Bestari.Com dan Krim Network Sdn. Bhd Negeri Terengganu Darul Iman. Kursus ini memberi pengetahuan tentang penggunaan laman-laman blog untuk memberi informasi kepada semua orang.

Rahsia Solat Dan Keutamaannya

9:23 PM Edit This 0 Comments »

Solat itu adalah tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan. Ia juga Penghulu dari segala amal kebaktian dan ketaatan kepada Allah S.w.t. Semua usul-usulnya ( pokok-pokoknya ) dan furu-furu'nya ( cabang-cabangnya ) telah pun terkumpul di dalam mata pelajaran ilmu fiqh. Di sini kita hanya menyikatkan pembicaraan kepada perkara-perkara yang perlu saja bagi para pelajar, iaitu membicarakan amalan-amalan solat dan rahsia-rahsia kebatinan solat semata-mata.

Keutamaan Azan.

Telah bersabda Rasulullah S.a.w. :

" Tiada seorang jin atau manusia atau benda apa pun yang mendengar suara panggilan azan itu, melainkan dia akan menyaksikannya di hari kiamat kelak. "

Sabdanya lagi :

" Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah seperti mana yang diucapkan oleh muazzin itu sendiri "

Menyahut azan sama seperti kata-kata muazzin itu adalah dituntut dan sunnat, kecuali pada hai'alataini maka hendaklah dijawab dengan kata :

" Tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolongan oleh Allah S.w.t. "

Dan pada kata-kata "Qadqamatis-Solah" dijawab pula :

" Semoga Allah S.w.t. mendirikannya ( solat ) dan mengekalkannya "

Dan pada kata-kata "Ash-Solatu Khairun Minan-Naum" pula dijawab :

" Engkau telah berkata benar dan berbakti kepada seluruh umat Islam "

Sesudah azan hendaklah ia membaca :

" Ya Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga solat yang berdiri ini. Kurniakanlah Nabi Muhammad S.a.w. kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji ( Maqam Mahmud ) yang engkau janjikan kepadanya. "



Tidur Dan Solat Tahajud

1:18 AM Edit This 0 Comments »

SOLAT Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya pada tengah malam ataupun lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali sebagai " shalatulail ". Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpim Islam kerana Rasulullah S.a.w. dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hanyat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi Muhammad S.a.w. mengenai perkara ini.
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.


Video Nasyid Rasulullah S.a.w.

10:19 PM Edit This 0 Comments »

9:59 PM Edit This 0 Comments »
Rasulullah Kami Merinduimu...

Rasulullah kami mengenangmu,
Kami susuri lembaran sirahmu,
Pahit getir perjuanganmu,
Membawa cahaya kebenaran,
Engkau taburkan pengorbananmu,
Untuk umatmu yang tercinta,
Biar terpaksa tempuh derita,
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya,
Tak terjangkau tinggi pekertimu,
Tidak tergambar indahnya akhlakmu,
Tidak terbalas segala jasamu,
Sesungguhnya rasulmu mulia,
Tabahnya hatimu menempuh dugaan,
Menganjar erti kesabaran,
Menjulang panji kemenengan,
Terukir namamu di dalam Al-Quran,
Rasulullah kami ummatmu,
Walau tak pernah melihat wajahmu,
Kami cuba mengingatimu,
Dan kami cuba mengamal sunnahmu,
Kami sambung perjuanganmu,
Walau kita tak pernah bersua,
Tapi kami tak pernah kecewa,
Allah dan rasul sebagai pembela...